INFO


Sejarah Radio RTM

Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

Sejarah KENINGAUfm

Penubuhan stesen radio di daerah Keningau telah dipersetujui dan diumumkan pada 25 April 2008 oleh Menteri penerangan ketika itu, Yang Berhormat Datuk Ahmad Shabery Cheek semasa lawatannya ke Sabah. Stesen radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Keningaufm dan mula bersiaran serta beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2009 dengan bilangan kakitangan seramai 19 orang.

Ekoran cetusan idea daripada Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu melihat siaran radio Keningaufm diperluaskan ke merata tempat termasuk di luar negara, RTM Sabah mengambil tindakan yang proaktif dengan memasukkan siaran Keningau FM melalui audio-streaming secara langsung ke dalam internet. Kini laman sesawang Keningaufm telah dibina dan boleh diakses di mana sahaja berserta audio streaming radio Keningaufm.

Stesen radio ini bersiaran melalui frekuensi 94.7 Mhz dan juga melalui Frekuensi 98.4 Mhz yang meliputi daerah Keningau, Tambunan, Tenom serta Nabawan dengan bilangan penduduk berjumlah sekitar 303,000 orang. Namun orang ramai yang diluar kawasan liputan boleh mendengarkan Keningaufm melalui laman sesawang; keningaufm.rtm.gov.my atau memuat turun aplikasi "RTMSabah" dalam telefon pintar untuk mendengarkan siaran Keningaufm.

 

PENGURUS PENYIARAN KENINGAUfm

Sejak KENINGAUfm dibuka pada 1 Januari 2019, empat Pengurus Penyiaran telah mengemudi stesen ini sehinggalah kini. Barisan kepimpinan KENINGAUfm pernah diterajui : -

 
PUAN LUCY GOH
DIS 2018 - MEI 2011

ENCIK ZAINUDDIN HJ. JAMLU
MEI 2011 - MEI 2012

ENCIK RAZALI HJ. BABA
MEI 2012 - OGOS 2017
CIK IVY RUDOLPH
OGOS 2017 - KINI

Carta Organisasi

 

 

 

Visi, Misi dan Objektif

Visi

  • Peneraju Gagasan 1 Malaysia Berteraskan Kandungan Rancangan Yang Bermutu Bagi Membina Negara Bangsa.

 

Misi

  • Menyiarkan Rancangan Yang Berteraskan Kepelbagaian Budaya Tempatan.
  • Membangunkan Kandungan Tempatan Berteraskan Konsep 1 Malaysia.
  • Memacu Industri Kreatif Tempatan.
  • Menggunakan Teknologi Terkini Dalam Penyiaran.

Maklumat Bahagian

Jadual Siaran

 

Direktori

 
NAMA JAWATAN E- MEL  TELEFON FAKS
PUAN IVY RUDOLPH PENGURUS PENYIARAN B 41 ivy@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027 
ENCIK HERRYADY HIRMAN PENOLONG JURUTERA JA 36 herry@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN NORLELAH SADI PENERBIT RANCANGAN B 32 norlelahsadi@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 087
ENCIK HECTOR ZAIMIT PENERBIT RANCANGAN B 29  hector@rtm.oc.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN NORAIDAH MAIRIN PENERBIT RANCANGAN B 19 noraidahmairin@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN SHARON CAROLINE ERNEST PENERBIT RANCANGAN B 19 sharoncaroline@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN EDITH JOSEPH PENERBIT RANCANGAN B 19 edithjoseph@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN CLARE HERAMAN PENERBIT RANCANGAN B 19 clareheraman@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK MOHD HILMI ABDULLAH PEMBANTU PENERANGAN S 22   087- 338 081 087- 338 027
ENCIK HADRYAN JOANIS PENOLONG JURUTERA JA 29 hadryan@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK MOHD FARID ESA PENOLONG JURUTERA JA 29 faridesa@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN HARYANTI JAIM PENOLONG JURUTERA JA 29 haryantijaim@rtm.9ov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN IMELDA JUSTINE PENOLONG JURUTERA JA 29 imelda@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN IDAWATI LANTANG PEMBANTU TADBIR N19 (P/O) idawati@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
PUAN DEWI RYANDIANTY MASERI PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N 19 dewiryiadanty@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK AMAT LAHISI PEMANDU KENDERAAN H 11 amatlahisi@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK KALANA BIN MAARUF@MARTIN PENGAWAL KESELAMATAN KP 14 kalanamaaruf@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK HERRY KUNJAN PEMBANTU OPERASI N 11 herrykunjan@rtm.gov.my 087- 338 081 087- 338 027
ENCIK DULLIS SAIMON PENERBIT RANCANGAN (PIECEMEAL)   087- 338 081 087- 338 027
PUAN BETTRYA AHUBOL PENERBIT RANCANGAN (PIECEMEAL)   087- 338 081 087- 338 027
ENCIK MOHD KHAIRIL ABDULLAH PENERBIT RANCANGAN (PIECEMEAL)   087- 338 081 087- 338 027
ENCIK HAJIRIN MANSOOR PENERBIT RANCANGAN (PIECEMEAL)   087- 338 081 087- 338 027
ENCIK RIZALMI BIN LIMAN PENERBIT RANCANGAN (PIECEMEAL)   087- 338 081 087- 338 027