Latar Belakang KENINGAUfm
Wednesday 26 July 2017

Latar Belakang KENINGAUfm

 

         

                       SEJARAH KENINGAUfm   

 

                 Penubuhan stesen radio di daerah Keningau telah dipersetujui dan diumumkan pada 25 April 2008 oleh Menteri penerangan ketika itu, Yang Berhormat Datuk Ahmad Shabery Cheek semasa lawatannya ke Sabah. Stesen radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Keningaufm dan mula bersiaran serta beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2009 dengan bilangan kakitangan seramai 19 orang.

                                                               

Ekoran cetusan idea daripada  Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu melihat siaran radio Keningaufm diperluaskan ke merata tempat termasuk di luar negara, RTM Sabah mengambil tindakan yang proaktif dengan memasukkan siaran Keningau FM melalui “audio-streaming secara langsung ke dalam internet. Kini laman sesawang Keningaufm telah dibina dan boleh diakses di mana sahaja berserta audio streaming radio Keningaufm.

          Stesen radio ini bersiaran melalui frekuensi 94.7 Mhz dan juga melalui Frekuensi 98.4 Mhz yang meliputi daerah Keningau, Tambunan, Tenom serta Nabawan dengan bilangan penduduk berjumlah sekitar 303,000 orang. Namun orang ramai yang diluar kawasan liputan boleh mendengarkan Keningaufm melalui laman sesawang; keningaufm.rtm.gov.my atau memuat turun aplikasi "TuneIn Radio" dalam telefon pintar anda dan cari Keningaufm untuk mendengarkan siaran. 

 

                                       

          Lokasi stesen Radio Malaysia Keningaufm bertempat di Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama, Rumah Persekutuan, 89007, Keningau, Sabah.       

 

 

                            OBJEKTIF PERKHIDMATAN KENINGAUfm      

 

  • Memberi perkhidmatan penyiaran dan menyebarkan maklumat melalui Radio bagi membina sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai yang sesuai untuk memajukan dan menjayakan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat selaras dengan wawasan dan cita-cita negara.
  • Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Penerangan yang dikenali sebagai "KEMPEN"
  • Sebagai Jabatan Persekutuan, Radio Malaysia Keningaufm melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri selaras dengan dasar Pusat.
  • Menilai dan menyelaraskan semua aktiviti liputan dan program yang dilaksanakan supaya dapat membantu dan memberi faedah kepada Negeri dan Persekutuan disamping memberi faedah besar kepada rakyat keseluruhannya terutama sekali di kawasan Pedalaman.
  • Menerangkan serta memberi liputan secara meluas dasar dan rancangan Kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami sepenuhnya tentang dasar tersebut.
  • Menjuruskan perhatian rakyat ke arah cara berfikir yang positif untuk melahirkan perubahan sikap sejajar dengan kehendak serta dasar Kerajaan.

 

 

                             PIAGAM PELANGGAN JABATAN       

 

Kami berjanji menyiarkan rancangan-rancangan radio yang bermutu tinggi, bersesuaian dengan dasar-dasar dan aspirasi negara, memenuhi citarasa rakyat/audiens, melalui:

• Maklumat yang cepat, tepat dan mutakhir.
• Rancangan bermaklumat dan berunsur pendidikan.
• Rancangan-rancangan hiburan yang berkualiti.
• Pemupukan nilai-nilai murni.
• Sikap yang positif dan terbuka.

 

                  FREKUENSI DAN LIPUTAN KELUASAN SIARAN   

 

Keningaufm boleh didengari melalui Frekuensi 94.7 Mhz dan juga melalui Frekuensi 98.4 Mhz.

Untuk fasa pertama, siaran Radio Malaysia Keningau fm boleh didengari di sekitar daerah Keningau dengan keluasan liputan sejauh 25 kilometer radius.

Fasa kedua, siaran Radio Malaysia Keningaufm dapat didengari sehingga ke daerah Tambunan, Tenom, Sook dan Nabawan dan juga sekitar kawasan tinggi didaerah Ranau dan Papar.

 

 

                    MASA DAN BAHASA SIARAN     

 

Radio Malaysia Keningaufm bersiaran selama 10 jam dan pembahagian masa serta bahasa siaran terdiri daripada siaran Bahasa Malaysia sebanyak 6 jam, Bahasa Dusun serta Bahasa Murut masing-masing sebanyak 2 jam. Siaran bermula jam 7.00 pagi untuk siaran Bahasa Malaysia sehingga jam 10.00 pagi dan diteruskan dengan siaran Bahasa Dusun sehingga jam 12.00 tengah hari, seterusnya diikuti dengan siaran Bahasa Murut sehingga jam 2.00 petang dan kembali semula ke siaran Bahasa Malaysia sehingga jam 5.00 petang.

0700hrs hingga 1000hrs Siaran Bahasa Malaysia
1000hrs hingga 1200hrs Siaran Bahasa Dusun
1200hrs hingga 1400hrs Siaran Bahasa Murut
1400hrs hingga 1700hrs Siaran Bahasa Malaysia

 

 

              PERANCANGAN PROGRAM RADIO   

 

Rancangan Radio serta program-program Radio Malaysia Keningau.fm ialah mengenai lintas langsung program-program utama kerajaan di peringkat daerah dan juga membuat liputan di lokasi untuk program-program kerjasama dengan jabatan lain serta perayaan-perayaan besar berkaitan dengan penduduk tempatan seperti Pesta Kalimaran bulan April, Pesta Kaamatan pada bulan Mei dan Pesta Koningau pada bulan Oktober. Radio Malaysia Keningau.fm juga memutarkan lagu-lagu tempatan yang terbaharu dan terkini.