Mini Studio Keningaufm Pesta Bunga Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom
Monday 25 September 2017

Mini Studio Keningaufm Pesta Bunga Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom 2014

             

STUDIO MINI KENINGAUFM SEMPENA PESTA BUNGA, MERIAH 

             6 & & September 2014 , Oleh: Bernardine Sebastian

TENOM - Mini studio Keningaufm yang berlangsung bersempena Pesta Bunga di Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang, Tenom ternyata meriah dengan kunjungan orang ramai yang datang ke pesta bunga tersebut. Permainan dan hadiah yang disediakan telah menarik ramai pengunjung ke booth Mini Studio Keningaufm untuk menyertai acara dan memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pesta bunga yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula daripada 6 September dan 7 September 2014 menampilkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Pertandingan ratu bunga remaja, pertandingan fotografi, pertandingan mengubah bunga, pertandingan lukisan mural antara sekolah menengah, Konsert Titian Mesra bersama Kombo RTM Sabah dan pelbagai lagi acara menarik yang lain. Pesta bunga ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Raidin Malleh, menteri pembangunan luar bandar Sabah. YB juga sempat ditemuramah oleh penyampai Keningaufm , DJ Hakie, dalam siaran bahasa Murut secara langsung dari lokasi. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat digarapkan;